Khamis, 6 Ogos 2009

Mukadimah pengenalan

Dalam hidup kita seharian kita akan di duga dengan pelbagai masalah. Kita tidak boleh lari daripada masalah suka atau tidak kita kena menghadapinya jua cuma terpulang kepada kita bagaimana kita hendak mengatasi masalah yang sedang kita hadapi.

Ada yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri bagi yang menghadapi masalah yang terlalu berat di rasakan ada juga yang merokok dan meminum arak bagi yang menghadapi masalah dengan teman wanita contohnya, dan ada yang lebih sadis ialah dengan membunuh dan mengambil dadah.

Sepanjang saya menghuni muka bumi Allah selama 36 tahun ini saya juga tidak pernah lari dari masalah, disini ingin saya kongsikan bersama sama teman-teman yang mengunjungi blog ini pengalaman saya dan juga pengalaman teman-teman agar kita sama-sama boleh nasihat menasihati dan juga ingat mengingati sesama kita. Agar kita tidak akan melakukan kesilapan di dalam membuat perhitungan di dalam apa jua masalah yang sedang kita hadapi. Ingat lah wahai teman teman ku kita hidup hanya sekali di dalam dunia ini jadi lah seorang yang beruntung di dunia dan jua akhirat ..mudah mudahan