Selasa, 25 Ogos 2009

Hanya Pada Dia ku Panjat kan Doa

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Comments

Khamis, 6 Ogos 2009

Sayangilah diri kita dahulu



Bila diri disayangi anggaplah si dia bukan milik kita 100 peratus kerana si dia boleh meninggalkan kita sekelip mata mengikut hati dan naluri hatinya....oleh itu adalah lebih baik sayangi diri kita dahulu sebelum kita menyayangi insan lain....


Post by - Aku_pendengar_setia

Hayatilah setiap bait kata lagu ini.....




Bagi yang sedang dalam percintaan jauhi lah dari masalah yang boleh membuat anda murung dan bingung...kerana masalah percintaan lah yang banyak membuatkan kita di lemma...renungkan lah sari kata lagu ini...masa x mungkin boleh di undur kembali

Post by : Pendengar_setia

Mukadimah pengenalan

Dalam hidup kita seharian kita akan di duga dengan pelbagai masalah. Kita tidak boleh lari daripada masalah suka atau tidak kita kena menghadapinya jua cuma terpulang kepada kita bagaimana kita hendak mengatasi masalah yang sedang kita hadapi.

Ada yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri bagi yang menghadapi masalah yang terlalu berat di rasakan ada juga yang merokok dan meminum arak bagi yang menghadapi masalah dengan teman wanita contohnya, dan ada yang lebih sadis ialah dengan membunuh dan mengambil dadah.

Sepanjang saya menghuni muka bumi Allah selama 36 tahun ini saya juga tidak pernah lari dari masalah, disini ingin saya kongsikan bersama sama teman-teman yang mengunjungi blog ini pengalaman saya dan juga pengalaman teman-teman agar kita sama-sama boleh nasihat menasihati dan juga ingat mengingati sesama kita. Agar kita tidak akan melakukan kesilapan di dalam membuat perhitungan di dalam apa jua masalah yang sedang kita hadapi. Ingat lah wahai teman teman ku kita hidup hanya sekali di dalam dunia ini jadi lah seorang yang beruntung di dunia dan jua akhirat ..mudah mudahan