Jumaat, 2 Oktober 2009

arwah ibu lawat mayat anak



Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.


Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."


Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.


Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Bilik Aneh Di Rumah Atuk




Setiap kali hujan lebat dimalam Jumaat, aku pasti terkenang kejadian ngeri dirumah datukku. Kejadian ini berlaku kira-kira 13 tahun yang lalu. Aku masih ingat tarikhnya iaitu pada 13/3/86. Waktu itu cuti sekolah. Aku tinggal bersama datukku disebuah kampung pendalaman di negeri Pahang. Datukku memang seorang pawang yang terkenal. Walaupun rumahnya agak jauh dipendalaman, tetapi ramai orang datang kerumahnya untuk mendapatkan ubat dan rawatan secara tradisional. Setiap kali dia mengubati orang dia akan masuk kesebuah bilik kecil yang hanya diterangi oleh cahaya lilin. Tiada siapa yang dibenarkan masuk kecuali dia seorang walaupun pesakit itu sendiri. Sewaktu dia didalam bilik, kami yang diluar akan mendengar suara seperti orang berbual dalam bahasa yang tidak difahami. Apabila dia keluar dia akan membawa sebotol air. Katanya air itu adalah ubat buat sipesakit. Entah dari mana datangnya air itu, aku sendiri tak pasti kerana setahu aku dirumahnya cuma terdapat satu paip air iaitu di bahagian dapur.

Datukku memang sudah lama tinggal sendirian. Aku sendiri tidak pernah melihat wajah nenekku. Katanya nenekku meninggal sewaktu aku masih kecil lagi. Dia tidak akan menerima sebarang pesakit pada setiap malam Jumaat. Katanya dia ingin menghabiskan malam Jumaat dengan beramal. Dan pada setiap malam Jumaat aku dihantar kerumah Pak Cik ku yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Katanya dia tidak mahu diganggu.

Pada 13/3/86, hujan turun begitu lebat sekali dengan kilat dan guruh yang sabung-menyabung. Malam itu dia tidak dapat menghantar aku kerumah Pak Cik ku. Selepas masuk waktu maghrib, dia berpesan kepadaku supaya tidak menganggunya dan menyuruh aku membuat kerja sendiri didalam bilik bersebelahan dengan bilik kecil tempat dia beribadat. Aku tidak membantah. Sepanjang waktu itu aku terdengar datukku mengaji dan membaca Yassin. Aku tidak mengesyaki sesuatu sehingga lah kira-kira jam 9:30 malam apabila aku terdengar datuk seperti berbual dengan seseorang didalam biliknya dengan bahasa yang pelik. Tapi cuma suaranya sahaja yang kedengaran. Tiba-tiba aku terdengar datuk melaungkan azan disertai dengan dentuman guruh yang begitu kuat sekali. Aku tersintak. Segera aku keluar dan mengetuk biliknya. Datuk seolah-olah tidak memperdulikan aku. Aku cuba membuka pintu biliknya tetapi dikunci dari dalam. Aku terus mengetuk.

Tidak lama kemudian, datuk membuka pintu. Mukanya bengis. Matanya merah menyala. Dia memandang aku dengan satu pandangan seolah-olah ingin menelanku hidup-hidup. Aku terkedu. Dan mengundur beberapa langkah. Mungkin datuk faham perasaanku ketika itu. Dia tidak berkata sepatah pun. Dia terus menuju kepintu hadapan. Sebelum dia melangkah keluar didalam hujan lebat dia berpesan supaya jangan sekali-kali aku masuk atau cuba mengintai bilik kecilnya. Aku cuma mengangguk.

Setelah dia pergi, hati ku terus tertanya-tanya apa yang ada didalam bilik kecilnya itu sehinggakan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk atau melihat isi dalamnya. Kerana rasa ingin tahu yang teramat sangat, aku tidak mengendahkan amarannya. Dengan perlahan-lahan aku menolak pintu biliknya. Suasana didalamnya terasa sejuk dengan cahaya api lilin yang berbalam-balam. Seluruh ruang bilik itu dipenuhi dengan bau keminyan. Lilin besar berwarna hitam didalam bekas tembaga diletakkan diatas para yang dilapik dengan kain hitam. Sebelahnya terdapat satu lagi bekas tembaga yang bertutup. Aku memerhati disekelilingku. Tidak ada satu perabut pun. Cuma sekeping tikar mengkuang lama dan bekas pembakar keminyan sahaja yang kulihat. Hati tu berdetik untuk melihat isi kandungan bekas tembaga yang bertutup tadi. Dengan perlahan-lahan aku membuka tutupnya. Tidak semena-mena satu cahaya kilat memancar disertai dentuman guruh yang amat kuat memekak telingaku. Aku tersangat terkejut sehingga tutup tembaga terlepas dari tanganku. Disaat itu juga aku terdengar satu bisikan ditelinga kiriku. Bulu romaku meremang. Aku bingkas bangun dan berlari keluar. Keadaan diluar gelap gelita. Mungkin kilat tadi telah menyambar kotak fius rumah datukku. Aku semakin kecut. Aku seakan-akan terdengar suara hilaian dari atas bumbung rumah. Tiba-tiba pintu bilik datukku tertutup dengan kuatnya seperti ditiup angin. Keadaan menjadi semakin gelap. Aku mengucap dan membaca segala ayat-ayat suci yang terlintas difikiran. Disaat itu juga aku terdengar seperti ada orang sedang memijak tangga dapur disertai dengan bau bunga melur bercampur dengan bau keminyan. Aku semakin panik. Aku menoleh kedapur dan terlihat sehelai kain putih yang terawang-awang di pintu dapur. Suara hilaian diatas bumbung semakin menjadi-jadi. Ketika itu aku sudah hilang pertimbangan. Aku terus berlari kepintu hadapan. Malangnya kaki ku tersangkut sesuatu. Aku tersungkur. Aku cuba bangun tetapi kesakitan menghalang aku berbuat demikian. Aku terasa ada sesuatu mencuit bahu kananku. Aku terus menoleh. Apa yang aku lihat sungguh mengerikan. Ada sekujur tubuh budak perempuan yang teramat kurus berdiri tegak disebelahku. Oleh kerana jarak antara kami begitu dekat aku dapat melihat matanya besar dan bulat tetapi tidak ada mata hitam dan baunya sungguh busuk seperti bau bangkai. Semangatku terus hilang.

Apabila aku tersedar, aku telah berada dikatil hospital. Ibubapa dan datukku ada bersama. Mata ibuku merah mungkin kerana terlalu banyak menangis. Katanya aku telah tersantar disitu hampir 4 hari. Kaki kiriku bersimen. Menurutnya datuk menjumpaiku dihalaman rumah sewaktu hujan lebat sekembalinya dari kedai untuk membeli rokok daun. Ibu diberitahu oleh datuk yang aku mungkin terjatuh dari tangga ketika aku cuba untuk kerumah pakcikku diwaktu hujan. Katanya lagi mungkin aku takut tinggal sendirian ketika itu waktu keadaan rumah yang gelap dan hujan lebat. Aku tidak pasti samada datuk menceritakan perkara yang sebenarnya.

Datuk tidak pernah menanyakan peristiwa yang berlaku sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir 6 tahun lalu. Cuma satu pesanannya yang aku ingat sehingga sekarang. Hendaklah kita mematuhi segala pesanan orang tua untuk kebahagian diri sendiri dan orang-orang yang disayangi dan menyayangi diri kita ini.